Pasal GLOW

My photo
temerloh, pahang, Malaysia

Tuesday, May 20, 2008

Tak abis berlajar

Sarjan Manap(polis trafik) sedang membuat rondaan dikawasan sekitar kota dan dier terserempak dengan seorang budak lelaki yang kelihatan sedih pada raut wajahnya lalu dier pon menghampiri budak tersebut.

Sarjan Manap : nape adik nampak sedih sangat ni??

Budak : tadi mak saye kater bila nak melintas jalan kena tengok kereta dahulu..

Sarjan manap : Habis tu kenapanya??

Budak : tapi dari tadi saya tengok motor jek yang lalu kereta takder langsung camne saya nak melintas kalau camni..

Sarjan Manap : (cakap dalam hati) Buang karan tul lah budak ni!!

Tuesday, May 6, 2008

Bapak yang kedekut

Terdapat seorang lelaki yang sangat kedekut punya orang..Pada suatu hari anaknya mengajak dia memasuki pertandingan Fear Factor, pada mulanya dier tak nak coz yuran pendaftarannya mahal sangat RM 1000.. Tapi disebabkan telah dipujuk oleh anaknya dan hadiah yang lumayan jika menjadi pemenang, dia masuk jugak pertandingan tu.
Pertandingan itu ialah menaiki Jet dengan cara yang berbahaya..

Pilot Jet : Nak masuk bayar RM1000 tapi kalau bersuara walaupun ‘eh’, denda lagi RM2000..Tapi lepas sahaja mendarat jika anda dan anak anda tidak bersuara anda akan dihadiahkan duit sebanyak RM25000.. Setuju?

Bapak : Setuju!!!

Maka si bapak dan si anak pun naiklah Jet tersebut.. Pelbagai aksi yang menyeram dan mengerunkan yang dilakukan oleh Pilot ini tadi. Kejap menjunam, kejap terbang menegak, kejap terhempas, kejap bukak pintu dan macam-macam aksi lagilah yang dibuat oleh pilot ini.. Setelah tamat masanya, Jet itu pun mendarat.


Pilot Jet : Terer betol encik ni..macam-macam stail saya buat tadi tapi encik skit pun tak bersuara..

Bapak : Sebenarnya saya nak bercakap jugak tadi tapi takut kena denda plak
nanti..

Pilot Jet : Apa yang encik nak cakapkan tu?

Bapak : Anak saya jatuh tadi!

Monday, May 5, 2008

Run Papa Run


Last week aku pergi kluar ngan tiga orang member aku gi Kuantan, ader r dalam 2 jam jalan jer takder pe tujuan tapi lastnyer kitorang decide nak tengok wayang jek.. aku pun gi r tengok citer aper yang best, aku nampak satu citer komedi Hong Kong ni tajuknya ‘Run Papa Run’.. aku suggest r kat member aku ajak tengok filem ni..

Filem ni agak menarik gak r..
‘Run Papa Run’ ni dibintangi oleh Louis Koo.. (tp dulu kan dier ni selalu berlakon watak yang serius jek, selalu jadik polis masa awal2 dier muncul dulu.. sekarang ni banyak berlakon filem komedi plak) sesuai ngan jiwa dier kot..

Filem ni mengisahkan tentang kehidupan seorang ketua kongsi gelap yang cuba menyembuyikan dunianya dari anak keluarganya..

Walaupun ader kaitan ngan kongsi gelap filem ini tidaklah terlalu mengetengahkan dunia kongsi gelap tersebut. Ia hanya diselitkan bagi menguatkan jalan ceriter..

Filem ini lebih mengutamakan kisah keluarga. Kehidupan Lee(Louis Koo) sebagai ketua kongsi gelap berubah apabila mendapati teman wanitanya hamil. Lebih menarik apabila girlfriendnya membuat keputusan untuk berpindah kerumah Lee dan membuatkan Lee menjadi kelam kabut sehingalah bayinya dilahirkan.

Setelah bayinyer dilahirkan pun Lee masih tidak berhasrat untuk berhenti dari dunia kongsi gelap, tetapi terus menyembuyikan perkara sebenar dari familynya..

Lee yang dulunya berpewatakan garang sebagai ketua kongsi gelap berubah menjadi bapa penyayang dan lemah lembut ketika bersama anaknya..