Pasal GLOW

My photo
temerloh, pahang, Malaysia

Tuesday, May 20, 2008

Tak abis berlajar

Sarjan Manap(polis trafik) sedang membuat rondaan dikawasan sekitar kota dan dier terserempak dengan seorang budak lelaki yang kelihatan sedih pada raut wajahnya lalu dier pon menghampiri budak tersebut.

Sarjan Manap : nape adik nampak sedih sangat ni??

Budak : tadi mak saye kater bila nak melintas jalan kena tengok kereta dahulu..

Sarjan manap : Habis tu kenapanya??

Budak : tapi dari tadi saya tengok motor jek yang lalu kereta takder langsung camne saya nak melintas kalau camni..

Sarjan Manap : (cakap dalam hati) Buang karan tul lah budak ni!!

Tuesday, May 6, 2008

Bapak yang kedekut

Terdapat seorang lelaki yang sangat kedekut punya orang..Pada suatu hari anaknya mengajak dia memasuki pertandingan Fear Factor, pada mulanya dier tak nak coz yuran pendaftarannya mahal sangat RM 1000.. Tapi disebabkan telah dipujuk oleh anaknya dan hadiah yang lumayan jika menjadi pemenang, dia masuk jugak pertandingan tu.
Pertandingan itu ialah menaiki Jet dengan cara yang berbahaya..

Pilot Jet : Nak masuk bayar RM1000 tapi kalau bersuara walaupun ‘eh’, denda lagi RM2000..Tapi lepas sahaja mendarat jika anda dan anak anda tidak bersuara anda akan dihadiahkan duit sebanyak RM25000.. Setuju?

Bapak : Setuju!!!

Maka si bapak dan si anak pun naiklah Jet tersebut.. Pelbagai aksi yang menyeram dan mengerunkan yang dilakukan oleh Pilot ini tadi. Kejap menjunam, kejap terbang menegak, kejap terhempas, kejap bukak pintu dan macam-macam aksi lagilah yang dibuat oleh pilot ini.. Setelah tamat masanya, Jet itu pun mendarat.


Pilot Jet : Terer betol encik ni..macam-macam stail saya buat tadi tapi encik skit pun tak bersuara..

Bapak : Sebenarnya saya nak bercakap jugak tadi tapi takut kena denda plak
nanti..

Pilot Jet : Apa yang encik nak cakapkan tu?

Bapak : Anak saya jatuh tadi!

Monday, May 5, 2008

Run Papa Run


Last week aku pergi kluar ngan tiga orang member aku gi Kuantan, ader r dalam 2 jam jalan jer takder pe tujuan tapi lastnyer kitorang decide nak tengok wayang jek.. aku pun gi r tengok citer aper yang best, aku nampak satu citer komedi Hong Kong ni tajuknya ‘Run Papa Run’.. aku suggest r kat member aku ajak tengok filem ni..

Filem ni agak menarik gak r..
‘Run Papa Run’ ni dibintangi oleh Louis Koo.. (tp dulu kan dier ni selalu berlakon watak yang serius jek, selalu jadik polis masa awal2 dier muncul dulu.. sekarang ni banyak berlakon filem komedi plak) sesuai ngan jiwa dier kot..

Filem ni mengisahkan tentang kehidupan seorang ketua kongsi gelap yang cuba menyembuyikan dunianya dari anak keluarganya..

Walaupun ader kaitan ngan kongsi gelap filem ini tidaklah terlalu mengetengahkan dunia kongsi gelap tersebut. Ia hanya diselitkan bagi menguatkan jalan ceriter..

Filem ini lebih mengutamakan kisah keluarga. Kehidupan Lee(Louis Koo) sebagai ketua kongsi gelap berubah apabila mendapati teman wanitanya hamil. Lebih menarik apabila girlfriendnya membuat keputusan untuk berpindah kerumah Lee dan membuatkan Lee menjadi kelam kabut sehingalah bayinya dilahirkan.

Setelah bayinyer dilahirkan pun Lee masih tidak berhasrat untuk berhenti dari dunia kongsi gelap, tetapi terus menyembuyikan perkara sebenar dari familynya..

Lee yang dulunya berpewatakan garang sebagai ketua kongsi gelap berubah menjadi bapa penyayang dan lemah lembut ketika bersama anaknya..

Monday, April 28, 2008

LOVE tiru CINTA ??

Betul ke?? Biasanya filem bolywood yang banyak tiru filem holywood sana tu.. Ini filem indon plak yang tiru filem Malaysia. Sebenarnya bukan tiru tapi kali ini filem CINTA versi Indonesia plak, pengarahnya pun sama iaitu Kabir Bhatia..

Filem LOVE ini tidaklah mengambil 100% daripada filem CINTA, kali ini ia dihasilkan mengikut selera penonton dinegara sana dan ternyata filem ini berjaya menarik perhatian apabila ia ditonton oleh 500,000 orang dengan kutipan RM2.7 juta untuk tayangan selama dua minggu.

Jika CINTA tentang lima kisah cinta di kota Kuala Lumpur manakala LOVE plak berkisahkan lima cinta di Jakarta.

Bermula dengan kisah Nugroho yang menghidapi penyakit alzheirmer dipertemukan dengan Lestari seorang janda yang kematian suami.

Kisah kedua tentang gadis kampung Lin, yang telah mengadaikan kesuciannya demi cinta. Dia berhijrah ke Jarkata untuk mencari kekasih hatinya tetapi telah dipertemukan pula dengan Rama yang bekerja di kedai percetakan.

Seterusnya adalah kisah Tere dan Awin, minat terhadap bidang pernulisan telah mempertemukan mereka. Masalah timbul apabila Awin tidak bersedia menerima perhatian Tere sehingga merengangkan perhubungan mereka.

Cinta Restu dan Dinda pula hanya sementara kerana Dinda pergi buat selama-lamanya akibat menghidap penyakit kanser.

Pelengkap kisah lima cinta ini ialah Gilang dan Miranda yang berkahwin muda kerana terlanjur. Setelah lapan tahun hidup bersama cinta Miranda mula beralih arah.

Jelas perbezaan antara CINTA dan LOVE dapat dilihat menerusi kisah Tere dan Awin, Restu dan Dinda serta Gilang dan Miranda.

Tapi kan, ada orang cakap filem ni tidaklah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan filem cinta.. Pasal tu aku no komen lah.. Mungkin sebab citarasa orang sana ngan orang sini lain kot tulah pasal ader perbezaan pendapat skit..

Terpulanglah pada korang nak judge filem ni sendiri..


Sunday, April 20, 2008

Forbidden Kingdom



Dua orang otai filem aksi Jackie Chan dan Jet Li berganding bahu dalam sebuah filem fantasi Forbidden Kingdom pasti akan membuatkan pawagam tidak lengang dengan penonton.Mana tidaknya kan, dengar nama aktornya sajer kita dah rasa nak pergi tengok filem ni. Filem terbaru ni memang menarik dan amat ditunggu oleh perminat filem kung fu. Cam bese r, aku akan bagi sinopsis skit pasal filem ni...

Filem yang bergenre aksi, fantasi, pergembaraan dan lucu ini bermula dengan kisah seorang remaja Amerika Jason(Angarano) yang sangat meminati filem aksi kung fu dari Hong Kong. Semasa disebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.

Tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.

Sementara itu, Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu.

Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.

Penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.

Nak tau kesudahannya, dapat ke tak Jason hantar Tongkat Sakti tu.. Korang kene lah gi tengok…