
Dua orang otai filem aksi Jackie Chan dan Jet Li berganding bahu dalam sebuah filem fantasi Forbidden Kingdom pasti akan membuatkan pawagam tidak lengang dengan penonton.Mana tidaknya kan, dengar nama aktornya sajer kita dah rasa nak pergi tengok filem ni. Filem terbaru ni memang menarik dan amat ditunggu oleh perminat filem kung fu. Cam bese r, aku akan bagi sinopsis skit pasal filem ni...
Filem yang bergenre aksi, fantasi, pergembaraan dan lucu ini bermula dengan kisah seorang remaja Amerika Jason(Angarano) yang sangat meminati filem aksi kung fu dari Hong Kong. Semasa disebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.
Tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.
Sementara itu, Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu.
Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.
Penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.
Nak tau kesudahannya, dapat ke tak Jason hantar Tongkat Sakti tu.. Korang kene lah gi tengok…
No comments:
Post a Comment