

TV3 dibawah kelolaan Datuk Seri Farid Ridzuan sentiasa memberikan yang terbaik kepada penontonnya.Biasalah TV3 ini antara saluran media terbaik kat negara ini. Aku pun antara peminat setia TV3 ni. Pelbagai pembaharuan dah dibuat oleh TV3 ni, semata-mata untuk tujuan menaikan industri hiburan tanah air.
Yang terbaru ni Stesen Televisyen utama negara ini akan melancarkan rancangan pencarian kumpulan vokal terbaik iaitu Gang Starz untuk musim ke-2.Macam last year punya hadiah die memang lumayan 'beb' AS$100,000 tu, kalau tukar duit sini adalah dalam lebih kurang RM350,000... Aku pun pernah gak pikir nak masuk tp, x berapa nak ade bakat... nyayi dalam bilik air bleh r..
Tapi kan yang lainnya dalam musim kedua ni, ader tambahan peserta dari negara lain plak.. kalau dulu cuma peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia jer... Tapi sekarang ni diorang tambah pulak peserta dari Thailand dan Filipina. Makin meriah lah nanti, tapi harap2 lah tahun ni peserta dari Malaysia plak yang menang.
Pengacaranye masih lagi abang 'superman' kite Faizal Tahir dan akan digandingkan bersama DJ dan pengacara popular iaitu Fara Fauzana. Untuk segmen aksi Gang Starz pulak Kartini 3R akan mengendalikannya.
Selain itu, Azmeer dan Damien V.E. sebagai penasihat vokal serta persembahan, Shazlan (penasihat koreografi), Helen Yap (pengarah muzik), Hanizam Abdullah (penasihat komunikasi), Dr. Fazley Yaakob (penasihat motivasi) dan Faizal Hamid (penasihat penampilan).
Gang Starz 2 ini akan memulakan rancangannya pada 27 April ini pada pukul 9 malam. Aksi Gang Starz (Ahad 5.30 petang), Blog Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 7.28 malam) dan Teropong Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi).
Lupa plak aku nak cakap, markah dikire 50% undian juri dan lagi 50% lagi SMS peminat..
Selamat menonton....
1 comment:
faizal tu bleh kuar tv da yer?? bler aa??
Post a Comment