Pasal GLOW
Tuesday, May 20, 2008
Tak abis berlajar
Sarjan Manap : nape adik nampak sedih sangat ni??
Budak : tadi mak saye kater bila nak melintas jalan kena tengok kereta dahulu..
Sarjan manap : Habis tu kenapanya??
Budak : tapi dari tadi saya tengok motor jek yang lalu kereta takder langsung camne saya nak melintas kalau camni..
Sarjan Manap : (cakap dalam hati) Buang karan tul lah budak ni!!
Tuesday, May 6, 2008
Bapak yang kedekut
Terdapat seorang lelaki yang sangat kedekut punya orang..Pada suatu hari anaknya mengajak dia memasuki pertandingan Fear Factor, pada mulanya dier tak nak coz yuran pendaftarannya mahal sangat RM 1000.. Tapi disebabkan telah dipujuk oleh anaknya dan hadiah yang lumayan jika menjadi pemenang, dia masuk jugak pertandingan tu.
Pertandingan itu ialah menaiki Jet dengan cara yang berbahaya..
Pilot Jet : Nak masuk bayar RM1000 tapi kalau bersuara walaupun ‘eh’, denda lagi RM2000..Tapi lepas sahaja mendarat jika anda dan anak anda tidak bersuara anda akan dihadiahkan duit sebanyak RM25000.. Setuju?
Bapak : Setuju!!!
Maka si bapak dan si anak pun naiklah Jet tersebut.. Pelbagai aksi yang menyeram dan mengerunkan yang dilakukan oleh Pilot ini tadi. Kejap menjunam, kejap terbang menegak, kejap terhempas, kejap bukak pintu dan macam-macam aksi lagilah yang dibuat oleh pilot ini.. Setelah tamat masanya, Jet itu pun mendarat.Pilot Jet : Terer betol encik ni..macam-macam stail saya buat tadi tapi encik skit pun tak bersuara..
Bapak : Sebenarnya saya nak bercakap jugak tadi tapi takut kena denda plak
nanti..
Pilot Jet : Apa yang encik nak cakapkan tu?
Bapak : Anak saya jatuh tadi!
Monday, May 5, 2008
Run Papa Run

Last week aku pergi kluar ngan tiga orang member aku gi Kuantan, ader r dalam 2 jam jalan jer takder pe tujuan tapi lastnyer kitorang decide nak tengok wayang jek.. aku pun gi r tengok citer aper yang best, aku nampak satu citer komedi Hong Kong ni tajuknya ‘Run Papa Run’.. aku suggest r kat member aku ajak tengok filem ni..
Filem ni agak menarik gak r..
‘Run Papa Run’ ni dibintangi oleh Louis Koo.. (tp dulu kan dier ni selalu berlakon watak yang serius jek, selalu jadik polis masa awal2 dier muncul dulu.. sekarang ni banyak berlakon filem komedi plak) sesuai ngan jiwa dier kot..
Filem ni mengisahkan tentang kehidupan seorang ketua kongsi gelap yang cuba menyembuyikan dunianya dari anak keluarganya..
Walaupun ader kaitan ngan kongsi gelap filem ini tidaklah terlalu mengetengahkan dunia kongsi gelap tersebut. Ia hanya diselitkan bagi menguatkan jalan ceriter..
Filem ini lebih mengutamakan kisah keluarga. Kehidupan Lee(Louis Koo) sebagai ketua kongsi gelap berubah apabila mendapati teman wanitanya hamil. Lebih menarik apabila girlfriendnya membuat keputusan untuk berpindah kerumah Lee dan membuatkan Lee menjadi kelam kabut sehingalah bayinya dilahirkan.
Setelah bayinyer dilahirkan pun Lee masih tidak berhasrat untuk berhenti dari dunia kongsi gelap, tetapi terus menyembuyikan perkara sebenar dari familynya..
Lee yang dulunya berpewatakan garang sebagai ketua kongsi gelap berubah menjadi bapa penyayang dan lemah lembut ketika bersama anaknya..
Monday, April 28, 2008
LOVE tiru CINTA ??
Filem LOVE ini tidaklah mengambil 100% daripada filem CINTA, kali ini ia dihasilkan mengikut selera penonton dinegara sana dan ternyata filem ini berjaya menarik perhatian apabila ia ditonton oleh 500,000 orang dengan kutipan RM2.7 juta untuk tayangan selama dua minggu.
Jika CINTA tentang lima kisah cinta di kota Kuala Lumpur manakala LOVE plak berkisahkan lima cinta di Jakarta.
Bermula dengan kisah Nugroho yang menghidapi penyakit alzheirmer dipertemukan dengan Lestari seorang janda yang kematian suami.
Kisah kedua tentang gadis kampung Lin, yang telah mengadaikan kesuciannya demi cinta. Dia berhijrah ke Jarkata untuk mencari kekasih hatinya tetapi telah dipertemukan pula dengan Rama yang bekerja di kedai percetakan.
Seterusnya adalah kisah Tere dan Awin, minat terhadap bidang pernulisan telah mempertemukan mereka. Masalah timbul apabila Awin tidak bersedia menerima perhatian Tere sehingga merengangkan perhubungan mereka.
Cinta Restu dan Dinda pula hanya sementara kerana Dinda pergi buat selama-lamanya akibat menghidap penyakit kanser.
Pelengkap kisah lima cinta ini ialah Gilang dan Miranda yang berkahwin muda kerana terlanjur. Setelah lapan tahun hidup bersama cinta Miranda mula beralih arah.
Jelas perbezaan antara CINTA dan LOVE dapat dilihat menerusi kisah Tere dan Awin, Restu dan Dinda serta Gilang dan Miranda.
Tapi kan, ada orang cakap filem ni tidaklah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan filem cinta.. Pasal tu aku no komen lah.. Mungkin sebab citarasa orang sana ngan orang sini lain kot tulah pasal ader perbezaan pendapat skit..
Terpulanglah pada korang nak judge filem ni sendiri..
Sunday, April 20, 2008
Forbidden Kingdom


Dua orang otai filem aksi Jackie Chan dan Jet Li berganding bahu dalam sebuah filem fantasi
Friday, April 18, 2008
CONGKAK


“Seram giler citer ni…” tu lah antara ayat yang terkeluar dari mulut orang yang sudah pun menyaksikan filem ‘Congkak’ arahan pengarah muda berbakat Ahmad Idham. Memang seram and best citer ni, aku tak tipu rugi kalau korang tak tengok. Masa aku tengok kt panggung semalam penuh orang dtg…Diaorang kata memang dah lamer diaorang tunggu filem ni keluar, nak beli tiket pun kena beratur panjang.. Nasib baik aku datang awal dapat r gak aku beli tiket..
Kepada sesiapa yang blom lagi tengok filem ni… Aku nak bagi sinopsis sikit tentang filem yang hebat ini..
Filem Congkak mengisahkan tentang Kazman (Riezman), isterinya Sufiah (Nanu) dan dua orang anaknya Lisa(Erynne) dan Ely (Erin) pergi bercuti disebuah banglo ditepi tasik. Semasa dalam perjalanan ke banglo itu mereka sekeluarga telah pun mula diganggu pelbagai peristiwa yang pelik. Keadaan jadi bertambah mengerikan setibanya mereka di banglo itu.Sufiah
Nak tau selanjutnya korang kenalah tengok sendiri movie ni…
Tapi pada pendapat aku apa yang membuatkan filem ini jadi lebih menarik dan menakutkan ialah dengan kemunculan pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah. Dia telah disolek sebagai wanita tua misteri yang mampu meremangkan bulu roma.
PERINGATAN Lembaga Penapisan FIlem Malaysia(LPF) supaya mereka yang mempunyai penyakit jantung dan ibu hamil dilarang menonton filem Congkak.
Gegaran Gang Starz musim ke-2


TV3 dibawah kelolaan Datuk Seri Farid Ridzuan sentiasa memberikan yang terbaik kepada penontonnya.Biasalah TV3 ini antara saluran media terbaik kat negara ini. Aku pun antara peminat setia TV3 ni. Pelbagai pembaharuan dah dibuat oleh TV3 ni, semata-mata untuk tujuan menaikan industri hiburan tanah air.
Yang terbaru ni Stesen Televisyen utama negara ini akan melancarkan rancangan pencarian kumpulan vokal terbaik iaitu Gang Starz untuk musim ke-2.Macam last year punya hadiah die memang lumayan 'beb' AS$100,000 tu, kalau tukar duit sini adalah dalam lebih kurang RM350,000... Aku pun pernah gak pikir nak masuk tp, x berapa nak ade bakat... nyayi dalam bilik air bleh r..
Tapi kan yang lainnya dalam musim kedua ni, ader tambahan peserta dari negara lain plak.. kalau dulu cuma peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia jer... Tapi sekarang ni diorang tambah pulak peserta dari Thailand dan Filipina. Makin meriah lah nanti, tapi harap2 lah tahun ni peserta dari Malaysia plak yang menang.
Pengacaranye masih lagi abang 'superman' kite Faizal Tahir dan akan digandingkan bersama DJ dan pengacara popular iaitu Fara Fauzana. Untuk segmen aksi Gang Starz pulak Kartini 3R akan mengendalikannya.
Selain itu, Azmeer dan Damien V.E. sebagai penasihat vokal serta persembahan, Shazlan (penasihat koreografi), Helen Yap (pengarah muzik), Hanizam Abdullah (penasihat komunikasi), Dr. Fazley Yaakob (penasihat motivasi) dan Faizal Hamid (penasihat penampilan).
Gang Starz 2 ini akan memulakan rancangannya pada 27 April ini pada pukul 9 malam. Aksi Gang Starz (Ahad 5.30 petang), Blog Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 7.28 malam) dan Teropong Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi).
Lupa plak aku nak cakap, markah dikire 50% undian juri dan lagi 50% lagi SMS peminat..
Selamat menonton....
Wednesday, April 16, 2008
juara-juara AF




