Pasal GLOW

My photo
temerloh, pahang, Malaysia

Monday, April 28, 2008

LOVE tiru CINTA ??

Betul ke?? Biasanya filem bolywood yang banyak tiru filem holywood sana tu.. Ini filem indon plak yang tiru filem Malaysia. Sebenarnya bukan tiru tapi kali ini filem CINTA versi Indonesia plak, pengarahnya pun sama iaitu Kabir Bhatia..

Filem LOVE ini tidaklah mengambil 100% daripada filem CINTA, kali ini ia dihasilkan mengikut selera penonton dinegara sana dan ternyata filem ini berjaya menarik perhatian apabila ia ditonton oleh 500,000 orang dengan kutipan RM2.7 juta untuk tayangan selama dua minggu.

Jika CINTA tentang lima kisah cinta di kota Kuala Lumpur manakala LOVE plak berkisahkan lima cinta di Jakarta.

Bermula dengan kisah Nugroho yang menghidapi penyakit alzheirmer dipertemukan dengan Lestari seorang janda yang kematian suami.

Kisah kedua tentang gadis kampung Lin, yang telah mengadaikan kesuciannya demi cinta. Dia berhijrah ke Jarkata untuk mencari kekasih hatinya tetapi telah dipertemukan pula dengan Rama yang bekerja di kedai percetakan.

Seterusnya adalah kisah Tere dan Awin, minat terhadap bidang pernulisan telah mempertemukan mereka. Masalah timbul apabila Awin tidak bersedia menerima perhatian Tere sehingga merengangkan perhubungan mereka.

Cinta Restu dan Dinda pula hanya sementara kerana Dinda pergi buat selama-lamanya akibat menghidap penyakit kanser.

Pelengkap kisah lima cinta ini ialah Gilang dan Miranda yang berkahwin muda kerana terlanjur. Setelah lapan tahun hidup bersama cinta Miranda mula beralih arah.

Jelas perbezaan antara CINTA dan LOVE dapat dilihat menerusi kisah Tere dan Awin, Restu dan Dinda serta Gilang dan Miranda.

Tapi kan, ada orang cakap filem ni tidaklah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan filem cinta.. Pasal tu aku no komen lah.. Mungkin sebab citarasa orang sana ngan orang sini lain kot tulah pasal ader perbezaan pendapat skit..

Terpulanglah pada korang nak judge filem ni sendiri..


Sunday, April 20, 2008

Forbidden Kingdom



Dua orang otai filem aksi Jackie Chan dan Jet Li berganding bahu dalam sebuah filem fantasi Forbidden Kingdom pasti akan membuatkan pawagam tidak lengang dengan penonton.Mana tidaknya kan, dengar nama aktornya sajer kita dah rasa nak pergi tengok filem ni. Filem terbaru ni memang menarik dan amat ditunggu oleh perminat filem kung fu. Cam bese r, aku akan bagi sinopsis skit pasal filem ni...

Filem yang bergenre aksi, fantasi, pergembaraan dan lucu ini bermula dengan kisah seorang remaja Amerika Jason(Angarano) yang sangat meminati filem aksi kung fu dari Hong Kong. Semasa disebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.

Tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.

Sementara itu, Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu.

Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.

Penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.

Nak tau kesudahannya, dapat ke tak Jason hantar Tongkat Sakti tu.. Korang kene lah gi tengok…

Friday, April 18, 2008

CONGKAK



“Seram giler citer ni…” tu lah antara ayat yang terkeluar dari mulut orang yang sudah pun menyaksikan filem ‘Congkak’ arahan pengarah muda berbakat Ahmad Idham. Memang seram and best citer ni, aku tak tipu rugi kalau korang tak tengok. Masa aku tengok kt panggung semalam penuh orang dtg…Diaorang kata memang dah lamer diaorang tunggu filem ni keluar, nak beli tiket pun kena beratur panjang.. Nasib baik aku datang awal dapat r gak aku beli tiket..

Kepada sesiapa yang blom lagi tengok filem ni… Aku nak bagi sinopsis sikit tentang filem yang hebat ini..

Filem Congkak mengisahkan tentang Kazman (Riezman), isterinya Sufiah (Nanu) dan dua orang anaknya Lisa(Erynne) dan Ely (Erin) pergi bercuti disebuah banglo ditepi tasik. Semasa dalam perjalanan ke banglo itu mereka sekeluarga telah pun mula diganggu pelbagai peristiwa yang pelik. Keadaan jadi bertambah mengerikan setibanya mereka di banglo itu.Sufiah cuba menyakinkan suaminya tentang keadaan yang menyeramkan dibanglo itu dan cuba mengajak suaminya untuk keluar dari sana namun tidak diendahkan, sehinggalah Ely dan Lisa hilang.

Nak tau selanjutnya korang kenalah tengok sendiri movie ni…

Tapi pada pendapat aku apa yang membuatkan filem ini jadi lebih menarik dan menakutkan ialah dengan kemunculan pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah. Dia telah disolek sebagai wanita tua misteri yang mampu meremangkan bulu roma.

PERINGATAN Lembaga Penapisan FIlem Malaysia(LPF) supaya mereka yang mempunyai penyakit jantung dan ibu hamil dilarang menonton filem Congkak.

Gegaran Gang Starz musim ke-2



TV3 dibawah kelolaan Datuk Seri Farid Ridzuan sentiasa memberikan yang terbaik kepada penontonnya.Biasalah TV3 ini antara saluran media terbaik kat negara ini. Aku pun antara peminat setia TV3 ni. Pelbagai pembaharuan dah dibuat oleh TV3 ni, semata-mata untuk tujuan menaikan industri hiburan tanah air.
Yang terbaru ni Stesen Televisyen utama negara ini akan melancarkan rancangan pencarian kumpulan vokal terbaik iaitu Gang Starz untuk musim ke-2.Macam last year punya hadiah die memang lumayan 'beb' AS$100,000 tu, kalau tukar duit sini adalah dalam lebih kurang RM350,000... Aku pun pernah gak pikir nak masuk tp, x berapa nak ade bakat... nyayi dalam bilik air bleh r..
Tapi kan yang lainnya dalam musim kedua ni, ader tambahan peserta dari negara lain plak.. kalau dulu cuma peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia jer... Tapi sekarang ni diorang tambah pulak peserta dari Thailand dan Filipina. Makin meriah lah nanti, tapi harap2 lah tahun ni peserta dari Malaysia plak yang menang.
Pengacaranye masih lagi abang 'superman' kite Faizal Tahir dan akan digandingkan bersama DJ dan pengacara popular iaitu Fara Fauzana. Untuk segmen aksi Gang Starz pulak Kartini 3R akan mengendalikannya.
Selain itu, Azmeer dan Damien V.E. sebagai penasihat vokal serta persembahan, Shazlan (penasihat koreografi), Helen Yap (pengarah muzik), Hanizam Abdullah (penasihat komunikasi), Dr. Fazley Yaakob (penasihat motivasi) dan Faizal Hamid (penasihat penampilan).
Gang Starz 2 ini akan memulakan rancangannya pada 27 April ini pada pukul 9 malam. Aksi Gang Starz (Ahad 5.30 petang), Blog Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 7.28 malam) dan Teropong Gang Starz (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi).
Lupa plak aku nak cakap, markah dikire 50% undian juri dan lagi 50% lagi SMS peminat..
Selamat menonton....



Wednesday, April 16, 2008

juara-juara AF

Inilah wajah-wajah juara AF yang lalu. Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan mila, masing-masing telah pun menempa nama dalam industri seni suara tanah air dengan 'stail' nyayian mereka yang tersendiri dan suara yang lunak merdu.Berkat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar di akademi mereka telah mampu mengorak langkah dilaluan mereka sendiri. Tetapi persoalannya siapa pulakah yang bakal dinobatkan sebagai juara AF musim ke-6. Semuanya terletak ditangan pengundi, undilah siapa yang anda rasa layak untuk menjadi juara.





Tuesday, April 15, 2008

Staf AF6

AC MIZAL
SARIMAH IBRAHIM
ZAINAL ALAM KADIR

Tenaga pengajar AF6






Monday, April 14, 2008

mama rina


Nama Penuh : Hairina Binti Abd Halim
Bangsa : Melayu
Status : Ibu Tunggal (1 anak, 2 cucu)
Umur :44 tahun
Asal : Selangor
Tarikh Lahir: 6 Januari 1964
Tinggi : 5’2”
Berat : 56kg
Hobi : Menyanyi, memasak, memancing

yana


Nama Penuh : Marliyana Binti Omar Walid
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :24 tahun
Asal : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Lahir: 2 Julai 1984
Tinggi : 5’4”
Berat : 53kg
Hobi : Mendengar Radio

toi


Nama Penuh : Khairul Nizam Bin Baharom
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (2 anak)
Umur : 31 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 31 Mac 1977
Tinggi : 172 cm
Berat : 64 kg
Hobi : Berenang, Buat lawak, Main Angklung

stanley


Nama Penuh : Stanley Maringai David Impi
Bangsa : Iban
Status : Bujang
Umur : 25 tahun
Asal : Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Tinggi : 155 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Bermain piano, Menyanyi, Melayari laman internet

ika


Nama Penuh : Ika Nabila Binti Abdul Rahim
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :19 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 22 Jun 1989
Tinggi : 157cm
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi, Berlakon

naim


Nama Penuh : Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 20 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 23 Disember 1988
Tinggi : 183 cm
Berat : 70 kg
Hobi : Komputer, Badminton, Membeli belah, Menyanyi

lufya


Nama Penuh : Lutfyah Bt Sheikh Omar
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 23 tahun
Asal : Johor Bahru
Tarikh Lahir: 2 Februari 1985
Tinggi : 5’5”
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi, menari

stacy


Nama Penuh : Stracie Angie Anam
Bangsa : Kadazan
Status : Bujang
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155cm
Berat : 51kg
Hobi : Menyanyi, menari

nadia


Nama Penuh : Nadia Haswani Binti Hasnan
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :18 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 14 April 1990
Tinggi : 5’00”
Berat : 49kg
Hobi : Menyanyi, Menari

saida


Nama Penuh : Siti Norsaida Bt Tarudin
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (4 anak)
Umur :32 tahun
Asal : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 13 Disember 1976
Tinggi : 5’3”
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi, bersukan

aliff


Nama Penuh : Mohamad Aliff Bin Mohd. Razali
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 30 September 1986
Tinggi : 170cm
Berat : 65kg
Hobi : Menonton wayang, bermain gitar

faizal



Nama Penuh : Muhammad Faisal Bin Abdullah
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Tinggi : 169 cm
Berat : 66 kg
Hobi : Bola sepak, Futsal, Tenis

riz


Nama Penuh : Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Gerik, Perak
Tarikh Lahir: 19 Disember 1986
Tinggi : 177 cm
Berat : 78 kg
Hobi : Karaoke, Bowling, Main video game

nubhan



Nama Penuh : Ahmad Nubhan Bin Ahmad
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Tinggi : 180cm
Berat : 70kg
Hobi : Memancing